LAMAN WEB RASMI
KOLEJ KOMUNITI MANJUNG

Kursus Jangka Pendek

Pengenalan

Kolej Komuniti menawarkan pelbagai kursus jangka pendek yang relevan dengan keperluan masyarakat setempat untuk meningkatkan kualiti hidup. 

KELAYAKAN MASUK
Warganegara Malaysia. Sihat tubuh badan. Boleh menulis serta membaca.

CARA MEMOHON
Melihat Iklan kursus yang ditawarkan di kolej-kolej berkenaan atau mencadangkan kursus yang tidak ada dalam senarai kursus yang ditawarkan melalui perbincangan secara terus dengan pihak pengurusan kolej-kolej berkenaan. 

TEMPOH PENGAJIAN
Bergantung kepada modul yang disediakan. Kebiasaannya adalah kurang daripada 6 bulan.

TEMPAT KURSUS
Di kolej Komuniti sendiri atau di luar kolej komuniti yang berhampiran dengan komuniti setempat.

WAKTU KURSUS
Waktu pejabat atau di luar waktu pejabat.

KURIKULUM / KANDUNGAN KURSUS
Ditentukan bersama antara pelanggan dan pengurusan kolej komuniti, KPTM atau menggunakan modul kursus jangka pendek yang sedia ada

SIJIL
Sijil Kehadiran atau Sijil Modul.

YURAN
Bayaran yuran pendaftaran yang dikenakan untuk seseorang bagi satu-satu kursus adalah antara RM 5.00 hingga RM 20.00 sahaja.

* Dengan kelulusan penubuhan Akaun Amanah di Kolej Komuniti KPTM, yuran kursus yang sesuai dan kompetitif akan diperkenalkan mengikut kemampuan pelanggan dan jenis kursus

Takwim PSH 2012baru

TAKWIM PSH 2012 (MAC HINGGA JUN)

Peserta : Komuniti Setempat
Bayaran Peserta : RM 10 - RM 20, tidak termasuk bahan

Masa : 5 hingga 20 jam

BULAN KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN
MAC 2012
  1. BAHASA INGGERIS
  2. ANEKA KEK
  3. HIASAN KEK
  4. JAHITAN TUDUNG
APRIL 2012
  1. MENCANTING BATIK
  2. ASAS SERVIS KENDERAAN RINGAN
  3. ASAS SOLEKAN
  4. JAHITAN BAJU KURUNG
MEI 2012
  1.  ANYAMAN BAKUL PLASTIK
  2. MASAKAN BARAT
  3. HASILAN DAN HIASAN COKLAT
  4. PEMBANGUNAN LAMAN WEB
JUN 2012
  1. LANDSKAP
  2. JAHITAN MANIK
  3. KEK LAPIS
  4. PEMPROSESAN MAKANAN
*Kos bahan ditanggung sendri oleh peserta.
Hanya bayaran penceramah disediakan.

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Pasir Salak ditalian 05-655 2300 samb. 112.